Presiden Persekutuan Mimnastik Malaysia (GMF), Kau Git Kaur, mengumumkan sasaran 10 pingat emas pada Sukan SEA Malaysia 2027.
Kau Git Kaur selaku presiden keenam, yang memasuki tahun kedua sebagai Presiden MGF turut meletakkan sasaran peribadi 12 emas bagi melengkapkan 100 pingat emas gimnastik negara sepanjang penyertaan dalam temasya dwitahunan.
Advertisement
Kau Git Kaur merupakan bekas atlet gimnastik cemerlang yang pernah menyumbang pingat emas acara artistik lelaki pada Sukan SEA 1991 di Manila yang pertama buat Malaysia bagi sukan itu.
"Semasa atlet, saya gimnastik pertama raih emas. Sekarang, sebagai presiden saya mahu gimnastik Malaysia raih emas ke-100.
"Tiada apa yang lebih penting melainkan Sukan SEA. Saya mahukan 10 pingat emas.
"Bagaimana untuk merealisasikannya? Pasukan teknikal dan barisan kejurulatihan harus bertungkus lumus," katanya di Nadi Arena.
Bagi edisi 2027, sebanyak 32 pingat emas cadangan ditawarkan dalam acara gimnastik.
Daripada jumlah itu, 24 emas dipertandingkan dalam disiplin artistik melibatkan 14 kategori senior dan 10 junior, iaitu enam acara lelaki dan empat wanita.
Manakala, lapan lagi pingat emas dipertandingkan dalam disiplin ritmik.
MGF yakin sasaran ini mampu dicapai menerusi persediaan rapi dan pembangunan bakat muda negara.
"Saya bercadang tambah kategori supaya ada persaingan antara atlet muda dan senior," tambahnya.