Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Kem fasa 1 fokus bentuk elemen kenegaraan atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menyempurnakan pelancaran kem fasa 1 Sukan SEA 2027 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Ia membabitkan lebih 300 atlet daripada Program Podium, berfasa dan pelapis merangkumi 25 jenis sukan -- dengan fokus kepada pengukuhan elemen ketenteraan dan kenegaraan menerusi kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia 
(ATM) dan akademi kenegaraan sebagai persediaan awal menghadapi temasya dwitahunan berkenaan.

Advertisement

Pada masa sama, Majlis Sukan Negara (MSN) dan UPSI turut memeterai memorandum persefahaman bagi memperluaskan kerjasama dalam pembangunan sukan negara termasuk aspek latihan, penyelidikan serta pembangunan bakat atlet.

"Kita perlu mempunyai atlet yang tinggi semangat kenegaraan supaya atlet tidak hanya memenangkan diri sendiri, pasukan sendiri tetapi lebih daripada itu,. memastikan Jalur Gemilang berkibar dengan megah.,

"Kami mahu memenangi pingat yang melebihi sasaran dan kontinjen mencapainya.

"Kami juga mahu meraih ranking tertinggi melebihi negara-negara lain," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video