Skip to main content

Wushu

Sukan SEA: Fokus skuad wushu tidak terjejas di sebalik isu pindah venue

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA: Fokus skuad wushu tidak terjejas di sebalik isu pindah venue

Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan, kontinjen negara yang dijadualkan mengambil bahagian dalam Sukan SEA 2025 di Songkhla perlu berpindah ke Bangkok ekoran situasi banjir di wilayah selatan Thailand.

Kerja-kerja penyelarasan perpindahan 206 atlet serta pegawai daripada 10 acara sukan termasuk muay thai, pencak silat, karate, wushu dan petanque kini dijalankan bagi memastikan keselamatan atlet tidak terjejas.

Advertisement

Menyedari apa yang berlaku, ketua jurulatih, Koo Chee Zhong mewakili kem wushu negara, fokus anak buahnya tidak terganggu serta masih tertumpu untuk menampilkan aksi terbaik tidak kira di mana venue pertandingan yang ditetapkan.

Setakat ini, mereka masih menunggu pengesahan daripada MSN serta mom berkenaan aturan perjalanan dan penginapan baru yang ditetapkan.

Topik Berkaitan

Must Watch Video