'Tidak sempurna tambah satu lagi perlumbaan.'
Itu luahan atlet triathlon kebangsaan, Esther Joy Chen, yang terpilih lebih awal dalam senarai panjang atlet maraton ke Sukan SEA Malaysia 2027.
Esther berpendapat, penambahan satu lagi perlumbaan dalam kalendar hanya untuk memilih atlet ke temasya dwitahunan itu bukan satu pilihan yang tepat kerana melibatkan sesi pemulihan yang panjang.
Melihat kepada tarikh Sukan SEA 2027 yang berlangsung pada akhir September, pelan yang lebih proaktif seharusnya dibincangkan dalam mengimbangi prestasi dan juga keadaan atlet yang terpilih.
"Saya harap atlet lain juga meluahkannya (tidak bersetuju) dan pengurus saya juga sudah bercakap dengan mereka.
"Mudah-mudahan akan banyak peningkatan dan apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba melayakkan diri dan mengharumkan nama negara.
"Saya tidak berasakan (langkah) menganjurkan terlalu banyak sesi pemilihan dalam setahun adalah keputusan yang tepat kerana ia menguji ketahanan fizikal.
"Tapi untuk sekali dua setahun masih lagi OK," katanya.