Susulan rekod yang agak suram kem tinju negara dalam saingan Sukan SEA Thailand 2025, ketua jurulatih tinju kebangsaan, Supawit Charoensook, beranggapan ia merupakan satu detik yang perlu dipelajari dalam menghadapi 2026.
Bagi Supawit, tahun 2026 menjadi tahun yang sibuk apabila dua temasya penting bakal dilalui anak buahnya yang juga menjadi medan mempersiapkan barisan petinju negara menjelang temasya Sukan SEA Malaysia 2027.
Advertisement
"Selepas berakhir Sukan SEA Thailand 2025, sekarang adalah permulaan baru, saya mahu menyemak semula pasukan menjelang kejohanan di Mongolia," ujarnya.
Satu keinginan daripada Supawit sendiri yang mengimpikan skuad lebih besar untuk kem tinju negara berbanding barisan sedia ada.
Supawit menjelaskan ia dapat meningkatkan lagi saingan dalam kem kebangsaan sekali gus memberikan barisan kejurulatihan satu 'masalah yang baik' daripada segi pemilihan atlet.
"Saya mahu ada pasukan A dan B, sekarang hanya ada tujuh petinju sahaja, saya mahu setiap kategori ada dua petinju dengan skala pasukan yang lebih besar." katanya.