Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA 2027: SHAKAM naikkan insentif buat pemenang pingat gangsa kepada RM1000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TAU

Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) hari ini mengumumkan peningkatan insentif daripada RM750 kepada RM1000 buat pemenang pingat gangsa di Sukan SEA 2027 nanti.

Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, hari ini dalam sebuah Majlis Amanat Menteri KBS di Majlis Sukan Negara.

Advertisement

 

 

 

"Saya ingin mengumumkan kadar hadiah bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA dinaikkan menjadi RM1000, keputusan itu dibuatkan SHAKAM yang kali terakhir disemak pada 2014 agar ia kekal relavan selari dengan keperluan semasa atlet negara.

"Keputusan insentif itu merangkumi temasya sukan remaja, temasya sukan orang pekak serta kejohanan utama sukan para.

"Ini menunjukkan komitmen untuk memastikan atlet kita bersemangat membawa pulang kejayaan." katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video