Skip to main content

Pickleball

Sukan pickleball secara rasmi akan dipertandingkan di temasya Kidslympic 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liu

Sukan pickleball secara rasminya diperkenalkan sebagai salah satu kategori sukan baharu bagi temasya Kidslympic 2026 menerusi jalinan kerjasama dengan sebuah syarikat fesyen sukan utama negara.

Ekosistem sukan yang semakin mendapat perhatian ramai itu dilihat seiring dengan pelan jangka masa panjang Kidslympic dalam mengukuhkan pembangunan pelbagai sukan buat kanak-kanak.

Advertisement

Hasil kolaborasi itu menyaksikan klinik serta bengkel praktikal pickleball, sesi libat urus bersama sekolah selain proses asah bakat ke peringkat elit antara perancangan sepanjang 2026.

"Sukan adalah satu platform terbaik untuk melatih mental kanak-kanak dan pickleball sukan yang mudah diakses dalam hubungan kekeluargaan.

"Jika mereka yang mahu beraksi secara profesional kami menyediakan platform untuk mereka cari jurulatih yang tepat buat mereka," kata pengasas bersama Kidslympic, Goh Liu Ying.

"Pickleball sebenarnya satu ekosistem, walaupun hari ini banyak gelanggang, tetapi banyak perkara berhubungkait dengan pickleball seperti jurulatih,akademi, social media dan pelbagai lagi.

"Pada saya dia satu pengubahan cara hidup yang menjadikan kita lebih aktif." tambah penasihat strategik Sports Empire Sdn.Bhd, Datuk Lawrence Theo.
 

Must Watch Video