Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, berkata kontinjen negara akan turun dengan sasaram memperbaiki pencapaian edisi di Bahrain pada 2021 menjelang Sukan Para Remaja Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad ini.
Kontinjen negara menutup kempen di Bahrain empat tahun lalu dengan meraih tiga emas, empat perak dan lima gangsa.
Advertisement
Meskipun tiada sasaran spesifik diletakkan kali ini, MPM meletakkan tiga sukan utama, iaitu akuatik, powerlifting dan badminton, sebagai lubuk pingat untuk merealisasikan hasrat itu.
"Anda boleh menilainya daripada Para Sukma dan kami menggunakannya sebagai penanda aras untuk mendapatkan pingat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Dahulu kita ada 12 atlet dan dapat 12 pingat, jadi setiap seorang bawa pulang satu pingat.
"Tetapi kali ini, kontinjen kita besar sedikit dan kami mahu menjadikannya sebagai contoh kepada setiap atlet para dalam negara untuk sentiasa bekerja keras.
"Kerana mereka perlu bersaing. Kita tidak boleh membawa ramai atlet, jadi anda perlu bersaing."