Perenang para negara, Nur Syaiful Zulkafli, membutirkan pingat emas kelima kontinjen negara dalam Sukan Para Asia Aichi-Nagoya apabila mengungguli acara 100m kuak dada lelaki SB4 di Pusat Akuatik Gimnasium Nagoya City sebentar tadi.
Nur Syaiful, yang memenangi acara sama dalam edisi di Hangzhou pada 2022, mempertahankan pingat emasnya dengan menjadi atlet terpantas dengan catatan 1:41.44s.
Catatan itu turut menyaksikan dia memecahkan rekod temasya sebanyak dua kali selepas melakukan catatakan 1:41.55s dalam pusingan saringan.