Skip to main content
Advertisement

Para Asia

Sukan Para Asia: Faizol akui perancangan peralihan generasi atlet perlu dimula segera

Sukan Para Asia: Faizol akui perancangan peralihan generasi atlet perlu dimula segera
Advertisement

Masa semakin mencemburui skuad olahraga para negara untuk memastikan legasi kejayaan di pentas dunia terus dipertahankan, khususnya dalam acara lontar peluru F20 yang sekian lama menjadi sandaran Malaysia.

Menyedari usia jaguh negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, semakin meningkat, jurulatih olahraga para kebangsaan, Mohd Faizol Harun, mengakui perancangan peralihan generasi perlu dimulakan segera bagi memastikan kesinambungan prestasi negara.

Advertisement

Menurut Faizol, pihaknya kini giat meneliti beberapa atlet muda berpotensi untuk dibangunkan sebagai pelapis dan didedahkan kepada kejohanan utama pada masa hadapan.

Pengalaman serta kematangan Ziyad yang sekian lama mengharumkan nama Malaysia menjadi penanda aras penting, namun kem olahraga para negara sedar usaha mencari pengganti tidak boleh ditangguhkan.

Advertisement

“Saya kena terima kenyataan Ziyad semakin berumur manakala pemenang pingat emas dari Arab Saudi baru sahaja berusia 21 tahun. Kami akan membuat perancangan untuk Kejohanan Para Dunia tahun hadapan,” katanya.

Proses mengenal pasti bakat baharu itu bukan sekadar mencari atlet untuk mengisi kekosongan, sebaliknya membentuk barisan pelapis yang mampu bersaing merebut pingat di pentas tertinggi.

Atlet berpotensi juga perlu dinilai dari segi fizikal, mentaliti dan kemampuan menyesuaikan diri dengan latihan berintensiti tinggi serta tekanan kejohanan besar.

Langkah itu diharap dapat memastikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada seorang atlet, sebaliknya mempunyai barisan pelapis yang mampu meneruskan perjuangan memburu kejayaan dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video