Skip to main content

Olahraga

Sukan Para ASEAN: Wong Kar Gee sumbang emas ke-55, pecah rekod temasya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KarGee

Wong Kar Gee tidak menjangkakan dirinya diangkat sebagai insan bertuah apabila menyumbang pingat emas ke-55 kontinjen negara menerusi acara lompat jauh kategori T12 dalam Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand.

Ia, bukan sahaja mendapat sorakan gemuruh penyokong, malah turut disaksikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, yang begitu teruja dengan kejayaan gemilang pada temasya kali ini.

Advertisement

"Saya sangat gembira menjadi individu yang mencapai sasaran buat Malaysia.

"Malaysia boleh," katanya

Kar Gee mencipta sensasi dengan lompatan 6.83 meter (m), sekali gus memecahkan rekod temasya 6.26m yang dirangkul Mohamad Saifuddin Ishak pada edisi 2022 di Solo, Indonesia.

Must Watch Video