Emas pertama daripada kem para renang kebangsaan hadir menerusi Rusdianto Rusmadi!
Dengan semangat ‘agi idup agi ngelaban’ menjadi tonik kepada kejayaan menggapai pingat emas tersebut, dalam kategori 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki S-8 multi class dalam Sukan Para ASEAN 2025.
Rusdianto mempamerkan kecemerlangan dengan mencatat masa 30.54 saat (s) meninggalkan pencabar dari Vietnam di tempat kedua, dengan perbezaan 0.72s.
Advertisement
Jelasnya, kejayaan ini dihadiahkan kepada keluarga tercinta yang sering memberi galakan dan dorongan kepadanya untuk membuktikan anak Sarawak mampu berjaya.
"Terima kasih kepada keluarga saya kerana mendoakan kejayaan saya.
🔥🔥PARA ASEAN 2025: Emas pertama dari kem renang, Rusmadi Rusdianto🎉🎉🎉 50 m butterfly
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/pzz6S8huRw— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 22, 2026
"Tidak dilupakan kepada kawan-kawan dan jurulatih yang banyak menyokong saya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, mengiktiraf pencapaian gemilang Rusdianto sambil menyifatkan ini hanyalah permulaan kepada kejayaan luar biasa.
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan renang kebangsaan.
"Sebenarnya, ini adalah persiapan menuju temasya dwitahunan 2027 sebagai tuan rumah nanti.
"Ini adalah pendedahan terbaik buat atlet muda," katanya di Nadi Arena