Jurulatih profesional dan para badminton negara, Nova Armada, melaungkan sasaran pingat emas pertama buat Cheah Liek Hou pada tahun ini bermula.
Malah, Liek Hou antara sandara kem badminton para yang memburu empat emas dalam Sukan Para ASEAN Thailand 2025 di Korat, bermula 20 Januari ini.
Advertisement
Cabaran menanti juara perseorangan dunia itu dalam acara beregu SU5 berikutan peraturan baru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang tidak membenarkan Farees Anuar daripada beraksi, namun Nova yakin Faris Azri mampu cemerlang digandingkan dengan Liek Hou.
"Kini hanya Liek Hou sebagai wakil negara dan dia menjalani rutin latihannya.
"Memang kami sasar emas tapi tapi saya tidak mahu meletakkan tekanannya," katanya.