Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran tinggi menjelang Sukan Para ASEAN Ke-13 Thailand di Korat dengan memburu 181 pingat secara keseluruhan.
Daripada jumlah itu, Malaysia menyasarkan 55 pingat emas, 51 perak dan 75 gangsa yang merupakan satu peningkatan berbanding edisi terdahulu yang mencatatkan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa.
Advertisement
Kontinjen negara yang diterajui seramai 236 atlet ini akan diketuai oleh chef-de-mission (CDM), Zarrawi Abdullah.
Zarrawi berharap kesemua atlet dapat melangkah ke gelanggang dengan semangat membara dan jiwa juang tinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Tumpuan utama turut diberikan kepada sukan renang dan olahraga yang dikenal pasti sebagai lubuk emas untuk menyumbang pingat terbanyak buat negara.
"Kami jua mengharapkan faktor-faktor lain seperti persiapan akan memihak kita supaya tiada gangguan.
"Kami sasarkan 55 emas dengan harapan ia mengikut perancangan. Saya baru dengar ada acara renang digugurkan dan jadualnya sangat pada -- (misalnya) empat sesi sehari untuk S8 jadi tiada tempoh pemulihan buat atlet.
"Jadi saya akan bawa ke perkara sebegini dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan agar ia menyebelahi semua pihak, barulah sasaran kami boleh dicapai," katanya.