Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN Thailand: Bukan penghalang Abu Samah berjuang untuk negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tenis kerusi roda

Atlet tenis kerusi roda berpengalaman, Abu Samah Borhan, mengakui faktor umur menjadi topik hangat bagi dirinya yang sudah mencapai usia 40 tahun menjelang Sukan Para ASEAN Thailand 2025 yang berlangsung dari 20 Januari depan.

Abu Samah -- yang masih segar dengan kejayaan dalam jelajah luar negara -- menyifatkan dia akan sentiasa bersedia selama mana skuad kebangsaan menginginkan khidmatnya.

Advertisement

Jika diberi pilihan untuk bersara, Abu Samah merasakan tempat terbaik adalah untuk melakukannya dalam Sukan Para ASEAN 2027 dengan Malaysia bertindak sebagai tuan rumah.

"Selagi khidmat diperlukan, saya sedia mengekalkan prestasi dari masa ke semasa," katanya yang sudah mengumpul dua pingat emas, satu perak satu gangsa dalam Sukan Para ASEAN lalu.  

Sementara itu, misi jelas buat Abu Samah untuk mempertahankan emas beregu lelaki yang diraihnya bersama rakan sepasukan dalam Sukan Para ASEAN 2021, namun hasrat baharu kem tenis kerusi roda ketika ini adalah untuk membawa balik dua emas di Korat, Thailand kelak.

"Acara beregu kerap memasuki perlawanan akhir.

"Kami meraih emas dalam temasya di Indonesia dan turut menginginkan gelaran acara perseorangan," katanya lagi. 
 

Must Watch Video