Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Skuad Harimau Buta azam balas dendam ke atas Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan Para ASEAN: Skuad Harimau Buta azam balas dendam ke atas Thailand

'Jangan pandang sebelah mata keupayaan Harimau Buta!', demikian keyakinan dilontarkan ketua pasukan bola sepak buta negara, Arif Mahadhir yang berazam untuk membalas dendam kekalahan ke atas Thailand edisi lalu.

Biarpun sedar skuad yang ada ketika ini dibarisi muka baharu, namun keserasian sudah mula dipupuk sejak tiga bulan lalu apabila mereka menjalani latihan secara kompak dan intensif.

Advertisement

Arif dikenali sebagai penyerang prolifik Harimau Buta dan menjadi tonggak pasukan dengan kemahiran melakukan serangan pantas dan penyudah berkesan.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul emas blind football adalah semasa Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura hasil menumpaskan Thailand 2-1 di final.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video