Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN: Skuad goalball wanita negara sasar layak ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goalball

Kekangan saat akhir menyaksikan skuad goalball lelaki negara tidak dapat beraksi di Nakhon Ratchasima, Thailand bagi saingan Sukan Para ASEAN 2025 bermula penghujung bulan ini.

Sebagai wakil tunggal, pasukan wanita negara bersedia untuk mencipta sensasi berbekalkan persiapan intensif termasuk latihan kecergasan fizikal sejak November lalu.

Advertisement

Dengan prestasi keseluruhan pemain yang dianggap cemerlang dalam menguasai teknik hadangan dan serangan, jurulatihnya, Abdul Karim Raham, meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan akhir serta memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang diraih pada edisi 2023 di Kemboja.

"Saya cuba menerapkan latihan yang boleh meningkatkan kecergasan dan kekuatan fizikal kerana sukan ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi selain kekuatan mental.

"Saya sangat berharap pasukan ini mampu layak ke final dan mampu memecahkan tradisi emas yang didominasi Thailand," katanya.

Bagi atlet senior, Nur Amalina Hares, yang mana ini merupakan penyertaan keempatnya enggan terlalu fokus kepada pencabar utama seperti skuad tuan rumah dan Laos. Sebaliknya, dia lebih menumpukan perhatian memastikan dirinya dan rakan sepasukan melaksanakan segala latihan dengan sempurna.

"Bagi saya, Laos dan Thailand adalah musuh tradisi tetapi kami juga akan berwaspada dengan ancaman pasukan Filipina yang turut bertanding pada edisi kali ini," katanya. 

Must Watch Video