Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Ras Adiba rawat katarak hadapi temasya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan Para ASEAN

Status selaku atlet veteran bukan penghalang buat penyumbang pingat emas menembak acara air rifle 10 meter temasya Sukan Para Asia 2018, Datuk Ras Adiba Radzi, terus berkhidmat buat negara dengan menggalas misi menyumbang pingat Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand.

Dalam memastikan setiap bidikan lebih tepat dan konsisten, Ras Adiba mengambil keputusan besar menjalani pembedahan katarak di kedua-dua belah mata sebulan lalu, bagi memulihkan penglihatan yang semakin kabur disebabkan faktor usia.

Advertisement

Selepas hampir enam bulan kembali bersama kem latihan pusat kontinjen negara, atlet berusia 57 tahun itu mengakui teruja khidmatnya masih diperlukan bagi membimbing pelapis negara.

"Saya baru menjalani pembedahan katarak, dua minggu lalu.

"Pada mulanya saya hanya ingin melakukan di sebelah mata tapi akan berdepan kesukaran ketika berlatih.

"Ini pengorbanan untuk negara. Kami kena usaha dan kami sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan Malaysia bawa pulang pingat yang banyak," katnaya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Sementara itu, bagi ketua jurulatih, Zulkifli Mohamed, dua gangsa menjadi sasaran yang diletakkan buat lima atlet menembak negara di Nakhon Ratchasima, kelak menerusi acara campuran air rifle 10 meter duduk, 50 meter duduk serta air rifle 10 meter berdiri wanita.

 

"Persiapan kami berjalan lancar dalam memenuhi sasaran dua gangsa," katanya.

 

Must Watch Video