Selain daripada menyaksikan acara sukan atau atlet tumpuan, gerak kerja di belakang tabir turut memainkan peranan penting bagi menjayakan kejohanan atau temasya dengan penuh meriah.
Dan, Pusat Media Utama (MPC) menjanjikan liputan terbaik bagi setiap wartawan atau pengamal media daripada seluruh negara mendapat informasi yang tersedia.
Advertisement
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, sempat berkunjung ke MPC bagi mengetahui peranan yang dimainkan bersama pihak penganjur.
"Saya orang yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan media kepada pelbagai negara yang hadir membuat liputan.
"Mereka bakal memiliki informasi berkaitan acara sukan atau atlet yang beraksi di lapangan.
"Setiap orang daripada setiap posisi menyediakan servis terbaik," kata Pengurus Pusat Media Utama, Khunatchaya Ritdirek Akaratham.