Faktor angin menjadi topik perkongsian Paralimpian, Cheah Liek Hou, dalam pemburuan emas acara badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Cheah Liek Hou, dalam Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand.
Pemain Para Lelaki Terbaik Tahunan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu mengakui masih tercari-cari rentak sebenar, biarpun mudah menundukkan wakil tuan rumah, Pricha Somsiri, pada pusingan awal.
Advertisement
Pemenang Kejuaraan Dunia lapan kali tiu juga nyata membuktikan mengapa dia mempunyai corak permainan dan ketenangan berbeza dibandingkan dengan lawannya itu menerusi kemenangan straight set 21-8, 21-7.
"Saya sudah bermain di gelanggang satu iaitu di bahagian tepi untuk dua hari.
"Anginnya memang sangat kuat.
"Jadi, saya harus membiasakan pukulan untuk persediaan aksi seterusnya.
"Saya masih boleh kawal beberapa waktu ketika bertemu pihak lawan sebelum ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.