Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menegaskan akan merancakkan lagi pencarian atlet muda menjelang Sukan Para ASEAN seterusnya.
Ianya bagi memastikan mereka mampu bersaing dan menghasilkan pingat buat kontinjen negara biarpun ketika ini ianya masih didominasi atlet senior.
Advertisement
Selain itu, beliau juga akan mengkaji semula tahap kelayakan pengurus pasukan bagi mengendalikan sesuatu sukan pada temasya selepas ini.
Ia ekoran timbul kritikan tentang sejauh mana kemampuan seorang pengurus itu dalam memastikan atlet meraih keputusan positif.
"Kami akan berusaha mendapatkan perancangan jangka masa panjang bagi memastikan atlet dapat membuat persiapan dengan lebih baik," katanya.