Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Kontinjen boccia negara tiba dengan motivasi tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boccia

Selepas selamat tiba di Thailand semalam, skuad boccia para negara bermotivasi tinggi ketika memulakan hari pertama sesi latihan pasukan.

Jurulatihnya, Raja Zahrule Azhar Raja Khairul Anwar, menjelaaskan meskipun agak kepenatan kerana terpaksa mengharungi tempoh perjalanan panjang sekitar enam jam sebelum tiba di venue temasya, kesemua anak buahnya mendapat rehat secukupnya dan cergas untuk berlatih.

Advertisement

Perjalanan dari lapangan terbang ke penginapan agak jauh.

"Selepas berehat, atlet tampak cergas dan teruja untuk turun berlatih, cuma gelanggangnya agak sempit," katanya.

Sesi latihan yang dijalankan lebih tertumpu kepada aspek pemanasan badan bagi memastikan setiap atlet tidak dihimpit kecederaan pada saat-saat akhir.

Berbeza dengan atlet normal, sesi pemanas badan lebih panjang diperlukan buat atlet para berikutan masa yang lebih lama diperlukan untuk melembutkan otot badan.

"Hari pertama kami sekadar melakukan sesi pemanas badan yang ringan.

"Kami masih ada dua hari lagi untuk persiapan di sini.

"Oleh kerana sudah beberapa hari tidak berlatih, otot mereka menjadi agak keras," katanya lagi. 

Must Watch Video