Jaguh lompah jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Para Asean yang akan dirasmikan di Thailand, tiga hari lagi.
Atlet kelahiran Perlis itu dan isteri, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi -- yang dikahwini pada Disember 2022 -- menyambut kelahiran anak pertama mereka sekitar tengah malam tadi dan memutuskan untuk memberi perhatian kepada keluarganya, sekali gus terlepas untuk mempertahankan pingat emas T20 yang dikuasainya sejak empat edisi lalu.
Advertisement
