Skip to main content

Badminton

Sukan Para ASEAN: Ini peluang terbaik untuk bergandingan dengan Cheah Liek Hou

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Badminton Para Faris

"Ini satu peluang terbaik apabila digandingkan dengan Cheah Liek Hou, kata Faris Azri, yang menggantikan tempat Fareez Anuar, selaku gandingan baru Liek Hou.

Ini selepas Fareez ditarik status sebagai atlet para disebabkan undang-undang baharu yang ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Advertisement

Meskipun sedar jurang prestasinya dengan Fareez masih jauh, Faris berusaha keras untuk menambah keserasiannya bersama pemenang dua pingat emas SU5 Sukan Paralimpik itu.

Menjelang Sukan Para ASEAN di Korat minggu depan, Faris percaya meerka mampu mendapat emas acara beregu lelaki SU5 meskipun baru beberapa bulan digandingkan.

"Cheah nama besar dalam sukan para, jadi saya akan mencuba buat yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Tekanan memang ada sebab dia juara, jadi untuk mendapatkan keserasian memang mengambil masa tetapi dia banyak memberikan nasihat.

"Saya pernah bergandingan dengannya dalam dua atau tiga tahun lalu, jadi ia memerlukan sedikit masa."

 

Must Watch Video