Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Gandingan Azlia Syafinaz-Nurul Suhada sumbang pingat perak acara ujian masa lebuhraya wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sfs

Gandingan Azlia Syafinaz-Nurul Suhada mencatatkan masa 35.38.432s (saat) dalam perlumbaan ujian masa lebuhraya wanita WB3-C akhir, Sukan Para ASEAN 2025 untuk meraih pingat perak.

Mereka dipisahkan dengan perbezaan 42.816 saat dengan pesaingnya, Vanza Mifthahul-Salsa Zahra dari Indonesia.

Advertisement

Pada awalnya, mereka berjaya mempamerkan rentak kayuhan bertenaga namun memasuki beberapa pusingan terakhir, mereka gagal mengekalkan konsistensi untuk berpuas hati berada di kedudukan kedua.

 

 

 

Secara keseluruhan, gandingan ini tetap menunjukkan keserasian yang tinggi meskipun baru kali pertama digandingkan untuk temasya kali ini di Korat, Thailand.

"Ini adalah edisi kedua saya, pada 2017 saya bawa pulang pingat perak dan kali ini saya raih perak sekali lagi,"kata Azlia Syafinaz.

"Kami lihat Indonesia dan Thailand ada pelumba baru, kami tidak tahu persiapan mereka bagaimana, saya ingatkan Azlia cuma fokus sahaja.

"Jadi, dengan pingat perak ini saya akan cuba ubah warna pingat dalam perlumbaan road race esok." tambah Nurul Suhada.

Topik Berkaitan

Must Watch Video