Adakah DNA Korea bakal dibawa masuk bagi memperkukuh struktur kejurulatihan sukan para memanah negara?
Perkara tersebut diakui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berhubung isu kontrak bekas jurulatih, Marzuki Zakaria yang tidak disambung.
Advertisement
Jelasnya, keputusan tersebut dibuat kerana MSN bergerak progresif dan ingin melihat lebih banyak pencapaian dan rekod baharu dicipta.
Jeffri turut menjelaska kemasukan jurulatih baharu, Alif Adha, bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan jurulatih sebelum itu.
🔥🔥🔥KP MSN, JEFRI NGADIRIN TEGASKAN DNA KOREA BAKAL DIBAWA UTK PERKUKUH STRUKTUR COACHING SUKAN PARA MEMANAH NEGARA.
-KONTRAK MARZUKI ZAKARIA BUKAN DITAMATKAN TETAPI TIDAK DISAMBUNG.
- PRESTASI JADI KAYU UKUR
-ALIF ADHA GANTI POSITION MARZUKI
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/XI9HssiM8Q— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 22, 2026
"Selain daripada prestasi dalam kejohanan, cadangan persatuan, penilaian menghantar laporan -- semuanya dinilai secara keseluruhan.
"Jadi, hasil daripada itu kita membuat keputusan untuk menyambung atau tidak kontrak jurulatih yang ada dalam program MSN," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.