Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dr. Taufiq Johari, mengalungkan pingat emas kepada penyumbang pingat pertama kontinjen Malaysia, Zuhairie Ahmad Tarmizi, di di Velodrom Izu, sebentar tadi.
Taufiq yang turut hadir memberikan sokongan di venue kejohanan itu turut menjadi saksi perjuangan dua wakil negara itu menghadiahkan pingat emas pertama dan gangsa pertama di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 buat negara.
Selain Zuhairie yang memecahkan rekod temasya dengan catatan masa 1 minit 05.361 saat (s) itu, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin turut Berjaya menyumbangkan gangsa menerusi acara kejar-mengejar individu 3,000 meter (m) lelaki kategori C1-C2 (kecacatan fizikal) dengan merekodkan catatan masa 3 minit 52.930 saat (s).
