Jurulatih renang para kebangsaan, Fraidden Dawan, memendam berita duka pemergian ayah tercintanya demi menemani perjuangan anak-anak buahnya yang beraksi di pentas Sukan Para Aichi-Nagoya, walaupun pada mulanya terpaksa menangguhkan perjalanan untuk ke bumi Matahari Terbit itu.
"Sudah tentu saya berasa suram, namun memandangkan ini merupakan tugas hakiki saya, saya perlu bersikap profesional untuk tidak mencampur hal peribadi dengan hal kerja." ujar Fraidden.
"Sebagai manusia, sudah tentu kita akan merasa sedih. Namun begitu, atas faktor kerja, saya perlu terus kuat dan ketepikan dahulu perasaan peribadi." tambahnya.
Fraidden mengakui bahawa dia amat rapat dengan mendiang bapanya, menyifatkan dia seorang yang sangat tenang, menjadikan kehilangan bapanya amat dirasai oleh diri Fraidden.
Fraidden akur dan redha dengan pemergian itu, menyifatkannya sebagai satu detik sukar untuk melihat bapanya bertarung nyawa demi melawan penyakit yang dihidapinya.
"Dia (ayahnya) menghidap kanser perut tahap empat dan jantung tersumbat.
"Saya perlu lakukan tugas saya kerana Sukan Para Aichi-Nagoya sudah bermula." tambah Fraidden.