Selepas meraih kemenangan pertama di Sukan Asia 2026 pada Jumaat menerusi acara beregu -- bergandingan bersama Mohamad Faris Ahmad Azri di aksi pertama kumpulan, hari ini Liek Hou terus mengekalkan momentum serupa untuk pastikan dia turut langkah kanan dalam aksi individu.
Bertemu wakil Korea Selatan, Kim Gi Yeon dalam aksi pertama kumpulan A SU5, Juara berganda individu dan beregu di Sukan Asia 2010 & 2014 ini hanya memerlukan 26 minit untuk pastikan lawannya pasrah tumbang 21-17, 21-10.
Liek Hou merupakan pemain pilihan utama saingan kumpulan A.