Atlet berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi, membutirkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia menerusi acara 1000m (meter) ujian masa lelaki C4–5 di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Zuhairie dengan catatan masa 1:05.361s itu mengatasi Jaturong Niwanti dari Thailand (1:07.206), juara yang menewaskannya di Sukan Para ASEAN Januari lalu. Saori S dari Indonesia meraih gangsa (1:08.166).
Turut menjadi saksi kejayaan itu adalah Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dri. Taufiq Johari, yang berada di venue pertandingan.
Maklumat lanjut menyusul.