Skip to main content

Boling

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Trio tenpin boling pekak wanita negara raih emas luar dugaan

lllll
Advertisement

Trio tenpin boling pekak wanita negara mencipta kejutan dengan pingat emas dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Pulau Pinang, hari ini.

Namun, Huwainaa Danduan dan rakan-rakan mengakui berdepan tentangan sengit terutama dari korea selatan dan taiwan.

Advertisement

Tatkala fikiran 100 peratus tertumpu untuk mendapatkan strike mahupun spare dalam setiap balingan, mereka menyifatkan kejayaan itu tidak mungkin hadir tanpa dorongan penuh daripada jurulatih berpengalaman, Holloway Cheah yang membantu mengurangkan tekanan dirasai.

Ia sekali gus menandakan pendekatan berbeza dalam program latihan dikendalikan Holloway sejak mula mengambil alih pasukan enam bulan lalu ternyata efektif dan membuahkan hasil.

Advertisement

Menjelang acara berpasukan wanita esok, fokus trio negara itu beralih untuk cuba melunaskan misi sekali lagi meraih kedudukan podium.

"Kami kekal positif, kami tidak melihat kepada kedudukan semasa.

"Dengan panduan yang diberikan jurulatih setelah latihan berbulan lamanya, kami memang memperkemaskan balingan untuk 'spare dan strike'," menurut Huwainaa. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video