Trio boling tenpin pekak wanita negara mencipta kejutan dengan pingat emas dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Pulau Pinang, hari ini.
Namun, Huwainaa Danduan dan rakan-rakan mengakui berdepan tentangan sengit terutama dari korea selatan dan taiwan.
Tatkala fikiran 100 peratus tertumpu untuk mendapatkan strike mahupun spare dalam setiap balingan, mereka menyifatkan kejayaan itu tidak mungkin hadir tanpa dorongan penuh daripada jurulatih berpengalaman, Holloway Cheah yang membantu mengurangkan tekanan dirasai.
Ia sekali gus menandakan pendekatan berbeza dalam program latihan dikendalikan Holloway sejak mula mengambil alih pasukan enam bulan lalu ternyata efektif dan membuahkan hasil.
Menjelang acara berpasukan wanita esok, fokus trio negara itu beralih untuk cuba melunaskan misi sekali lagi meraih kedudukan podium.
"Kami kekal positif, kami tidak melihat kepada kedudukan semasa.
"Dengan panduan yang diberikan jurulatih setelah latihan berbulan lamanya, kami memang memperkemaskan balingan untuk 'spare dan strike'," menurut Huwainaa.