Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Malaysia lepasi sasaran pingat emas

ong shin ruen
Advertisement

Kontinjen negara dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Pulau Pinang ketika ini melepasi sasaran dua pingat emas, dengan tujuh pingat keseluruhan diraih setakat hari ini.

Tiga emas negara hadir menerusi Leong Ee Hern dalam acara catur blitz individu, pasukan tenpin boling trio wanita dan Zaiman Megat Abu dalam acara lompat kijang.

Advertisement

Empat pingat gangsa pula disumbangkan trio lelaki tenpin boling, selain olahraga menerusi acara 100 meter wanita, 4x400 meter campuran dan 800 meter lelaki.

Meskipun sasaran kali ini dilihat lebih rendah berbanding pencapaian empat emas, empat perak dan 10 gangsa dalam edisi 2024, Presiden MSDeaf, Dr. Ong Shin Ruenn, menegaskan sasaran itu ditetapkan secara realistik berdasarkan penilaian terhadap potensi serta prestasi terkini atlet sebelum temasya itu bermula.

Advertisement

Bagaimanapun, dia yakin kontinjen negara masih berpeluang menambah kilauan pingat dan tidak menolak kemungkinan menyamai pencapaian dua tahun lalu itu.

"Sebenarnya kami meletakkan sasaran dua emas yang kami ingin capai buat kontinjen negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Ia kerana Sukan Asia Pasifik ini merupakan satu platform yang tinggi sebelum ke Sukan Deaflympics.

"Saya amat berharap salah satu sukan yang akan mendapat emas adalah sukan boling kerana mereka berlatih di bawah bimbingan jurulatih profesional Holloway Cheah."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video