Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Atlet Malaysia berusia 13 tahun cipta kejutan, raih emas catur

Kejohanan Asia Pasifik: Atlet Malaysia berusia 13 tahun cipta kejutan, raih emas catur pekak
Advertisement

Impian menjadi kenyataan buat pemain catur pekak wanita negara, R. Yoshni, apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas acara klasik individu pada penampilan sulungnya di pentas Kejohanan Asia Pasifik.

Baru sahaja berusia 13 tahun, kejayaan itu menjadi pencapaian cukup bermakna buat Yoshni, yang mengakui tidak pernah membayangkan mampu berdiri di podium tertinggi ketika pertama kali membawa cabaran negara.

Advertisement

Namun, kejayaan tersebut tidak membuatkan pemain muda itu mahu berpuas hati.

Sebaliknya, Yoshni menganggap pengalaman sepanjang kejohanan sebagai proses pembelajaran penting untuk terus memperbaiki corak permainan serta mematangkan dirinya dalam menghadapi cabaran lebih besar pada masa hadapan.

Advertisement

Menurutnya, tunjuk ajar daripada abangnya turut memainkan peranan penting dalam membantu persiapan dan persembahannya sepanjang pertandingan.

“Ilmu yang diturunkan oleh abang saya banyak membantu menghadapi kejohanan kali ini. Saya berjaya menewaskan cabaran India dan kejayaan ini cukup membanggakan.

“Saya masih muda, perjalanan masih panjang dan saya akan cuba untuk terus meningkatkan lagi kemampuan saya,” katanya.

Kejayaan Yoshni bukan sekadar menambah koleksi pingat emas negara, malah memperlihatkan potensi besar yang dimiliki atlet muda dalam sukan pekak.

Dengan usia yang masih muda dan ruang luas untuk terus berkembang, Yoshni kini mempunyai asas kukuh untuk membina lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video