Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Remaja: Pengalaman juara dunia bantu CDM lancarkan perjuangan atlet

CDM

Chef-de-mision (CDM) Sukan Olimpik Remaja 2026, Wong Weng Son, mengakui teruja sebaik namanya terpilih untuk menggalas cabaran besar selaku ketua pasukan negara di Dakar, Senegal, Oktober depan.

Keputusan menyenaraikan pemenang pingat emas Chang Quan dalam Kejohanan Dunia 2023 itu bukan perkara baru dalam kalangan bekas atlet, namun daripada segi keupayan dan pengalaman, Weng Son merupakan CDM paling muda berbanding dengan tiga CDM lalu.

Advertisement

Antara bekas atlet yang pernah menyandang tanggungjawab CDM adalah seperti perenang olimpian negara, Lim Keng Liat, sementara Wong Pei Tty untuk badminton dan Cheng Chu Sian selaku bekas atlet memanah negara.

"Selepas setahun lebih bersara, saya dapat memahami lebih banyak mengenai keperluan atlet dalam usaha meraih pencapaian lebih tinggi.

"Mereka datang berjumpa saya sebelum temasya Olimpik Remaja bagi tujuan membangkitkan semangat," katanya.

Selepas tiada penganjuran sejak lapan tahun lalu, Weng Son mengharapkan langkah kanan untuk kontinjen negara di Dakar kelak.

Keutamaan Weng Son ketika ini adalah memberi sokongan kepada mana-mana atlet yang sedang bertungkus-lumus untuk memastikan slot kelayakan dalam Olimpik Remaja.

"Masih ada masa lagi (membuat persiapan), oleh itu dapat saya meneliti atlet daripada segi psikologi dan sokongan keperluan mereka.

"Selain itu, saya juga berpeluang berjumpa dengan wakil-wakil persatuan," katanya.

 

Must Watch Video