Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Remaja Dakar: Zacharry terlepas slot final 400m, Angie teruskan cabaran negara

jj
Advertisement

Hari kesembilan temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG) Dakar 2026 menyaksikan komitmen berterusan barisan atlet muda negara di arena olahraga dan sukan pelayaran.

Di Stadium Iba Mar Diop, atlet olahraga negara, Zacharry Lawrence, turun menggalas cabaran dalam acara 400 meter lari berpagar lelaki pusingan separuh akhir (Semifinal 1). Berdepan saingan  daripada barisan pelari berkelas dunia, Zacharry mempamerkan larian kental untuk melintasi garisan penamat di tempat ketujuh dengan catatan masa 53.74 saat. Keputusan itu meletakkan beliau di kedudukan ke-11 keseluruhan daripada 15 peserta, sekali gus terlepas slot ke peringkat akhir.

Advertisement

Sementara itu, pelayar windsurfing wanita negara, Angie Ang Tan Yie, meneruskan cabaran hari kedua dengan mengharungi tiga lagi perlumbaan (Race 4 hingga 6). Angie mempamerkan daya tahan mental dan taktikal yang baik apabila menamatkan Race 4 di tempat ke-15, Race 5 di tangga ke-12, dan bangkit mencatat tempat kesembilan pada Race 6. Selepas melengkapkan enam daripada 15 perlumbaan, Angie kini mengumpul 50 mata bersih (net points) serta 65 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-12 daripada 23 pelayar.

Dengan baki sembilan perlumbaan yang masih perlu diharungi, ruang dan peluang kekal terbuka luas buat Angie untuk terus memburu kedudukan yang lebih baik.

Advertisement

Di sebelah petang, kontinjen Malaysia berbesar hati menerima undangan minum petang (hi-tea) bersama Duta Besar Malaysia ke Senegal, TYT Dato' Zainal Izran Zahari.

Pertemuan penuh mesra tersebut menzahirkan sokongan moral yang amat tinggi dan tidak berbelah bahagi daripada pihak kedutaan kepada seluruh kontinjen, sekali gus menyuntik semangat tambahan buat barisan wira muda negara untuk meneruskan perjuangan sehingga ke penghujung temasya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video