Skip to main content

Olimpik

Sukan Olimpik Remaja Dakar: Detik membanggakan buat atlet lawan pedang negara

Dakar
Advertisement

Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 menyaksikan detik membanggakan buat kontinjen negara menerusi sukan lawan pedang (fencing) apabila atlet foil wanita negara, Nur Qalesha Mohd Radzuan, berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

Nur Qalesha mempamerkan aksi penuh berani dan bersemangat kental di peringkat suku akhir sebelum akur tewas 6-15 di tangan lawan yang bukan calang-calang iaitu Sara Amr Hossny dari Mesir. Lawannya itu bukan sahaja merupakan atlet berpengalaman yang pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024, malah turut melangkah mara sehingga ke perlawanan akhir untuk merangkul pingat perak temasya kali ini.

Advertisement

Kejayaan menamatkan cabaran di kedudukan kelapan keseluruhan dunia membuktikan kualiti serta potensi besar Nur Qalesha untuk terus digilap sebagai bintang pelapis sukan lawan pedang tanah air.  

Advertisement

Sementara itu, di arena pelayaran (sailing), atlet windsurfing wanita negara, Angie Ang Tan Yie, memulakan saingan hari pertama merentasi tiga perlumbaan awal (Race 1-3). Dia masing-masing menduduki tempat ketujuh (Race 1), kesembilan (Race 2), dan ke-13 (Race 3) daripada 23 pelayar. Keputusan tersebut meletakkan Angie di tangga ke-10 keseluruhan dengan kutipan 16 mata bersih (net points) dan 29 mata terkumpul.

Dengan baki 12 lagi perlumbaan yang dijadualkan berlangsung, peluang masih terbuka luas buat Angie untuk terus memperbaiki kedudukan dan mengutip mata berharga dalam perlumbaan seterusnya.

Skuad  Olahraga negara akan memulakan aksi saingan esok bagi acara 400m lelaki berpagar yang dijadualkan pada jam 2:05 petang waktu tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video