Skip to main content
Advertisement

Para Asia

Sukan Olimpik Remaja: Badminton, wushu sandaran medal

aa
Advertisement

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya meraih satu pingat Sukan Olimpik Remaja Dakar, Senegal, 2026 dari 31 Oktober hingga 13 November depan dengan badminton dan wushu menjadi antara sandaran utama.

"Sukan Olimpik Remaja penting khususnya kepada atlet muda di bawah 18 tahun, untuk kita gilap lebih ramai atlet dan diangkat ke peringkat seterusnya.

Advertisement

"Kita mempunyai pelapis ramai melalui pelbagai program yang dilaksanakan dan dengan dorongan banyak pihak secara keseluruhan, maka kita mampu membantu ekosistem yang baik untuk pembangunan.

"Kami menyasarkan satu pingat untuk dibawa pulang, mungkin daripada badminton atau wushu," kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Menara KBS, Putrajaya hari ini.

Advertisement

Kontinjen negara yang terdiri daripada enam atlet lelaki dan enam wanita diketuai chef-de-mission (CDM), Wong Weng Son, bakal bersaing dalam 16 acara melibatkan sembilan jenis sukan iaitu olahraga, renang, badminton, bola tampar pantai, breaking, lawan pedang, pelayaran, papan selaju dan juga wushu.

Untuk rekod, Malaysia pernah merangkul dua pingat emas dalam edisi 2018 di Buenos Aires, Argentina, masing-masing menerusi Goh Jin Wei dalam acara badminton perseorangan wanita di samping skuad hoki lima sebelah lelaki.

"Saya amat bersyukur untuk menjalankan satu tugas yang sangat penting ini.

"Kelayakan ke temasya ini berasaskan kuota IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa).

"Kami menghantar atlet terbaik untuk dapatkan medal. Saya harap atlet dapat bertanding sebaik mungkin dan paling penting, meraih pencapaian terbaik sebagai langkah ke Sukan SEA 2027 mahupun Sukan Olimpik," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video