Skip to main content

Skuasy

Sukan Olimpik: Ratu skuasy negara berpotensi jadi atlet pertama dunia sahkan kelayakan ke LA28

sivasangari

Ratu skuasy negara, S. Sivasangari, berpeluang memahat nama dalam dewan kemasyhuran selaku pemain wanita pertama dunia layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Ini kerana Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan merupakan jendela pertama menawarkan slot ke temasya sukan terbesar dunia itu dengan Sivasangari hadir ke Jepun sebagai penyandang pingat emas perseorangan wanita yang dimenanginya di Hangzhou, China tiga tahun lalu.

Perjalanan karier Sivasangari musim 2026 menunjukkan peningkatan drastik sehingga kini menghuni ranking kelima dunia, bahkan mencipta sensasi menumbangkan pemain terkemuka dunia, Amina Orfi

Apa yang menjadi antara pencetus evolusi permainan terpuji Sivasangari adalah perguruannya dengan jurulatih handalan dunia, Gregory Gaultier, dan berpangkalan di Prague, Czechia.

Menyedari harapan menggunung diletakkan terhadap dirinya untuk mengekalkan dominasi dalam Sukan Asia, Sivasangari mengakui cukup teruja untuk menjadi prospek pertama negara mengesahkan tempat ke LA28.

"Di bawah bimbingannya, saya dapat lihat lebih perkembangan dalam permainan saya daripada segi kekuatan fizikal," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Kerana itu saya dapat bersaing dengan pemain terbaik dunia dan juga menewaskan sebahagian mereka.

"Dia pernah menjadi juara dunia dan fizikalnya juga agak kecil. Saya ada kecenderungan untuk menjadi terlalu baik dan sopan di atas gelanggang disebabkan budaya kita berbanding pemain negara lain seperti Mesir.

"Dan atas dasar itu, dia membentuk saya untuk lebih kuat dan memanfaatkan kekuatan saya.

"Setiap tahun penting tetapi tahun ini lebih penting kerana pemenang pingat emas akan mendapat tiket ke Sukan Olimpik, jadi ia satu sasaran yang besar buat saya."

"Harap-harap saya dapat mempertahankan pingat emas dan mendapat tiket ke LA28."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video