Skip to main content

Olimpik

Sukan Olimpik Musim Sejuk: Terima kasih Verona, Hello French Alps, Perancis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ol

Selepas lebih 15 hari penganjuran temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi ke-35 berlangsung di Milan & Cortino, akhirnya upacara penutupan rasmi berlangsung cukup meriah di Arena Olympic Verona, kira-kira 120 kilometer daripada bandaraya Milan.

Diserikan dengan persembahan opera klasik Itali, 92 negara bertanding akhirnya mengucapkan terima kasih di atas komitmen penganjur dalam memastikan temasya kali ini berjalan dengan cukup lancar.

Advertisement

Seperti dijangka, Norway mengekalkan kejuaraan keseluruhan dengan penambahan 2 pingat emas berbanding edisi lalu di Beijing 2022, sementara Amerika Syarikat tamat di kedudukan kedua dengan 12 pingat emas.

 

 

 

 

Jepun muncul satu-satunya negara Asia yang berjaya menamatkan kempen di Milan-Cortino di kelompok 10 terbaik menerusi 5 pingat emas.

Sejarah turut tercipta dalam edisi kali ini apabila Brazil dan Georgia ukir rekod baru menerusi kejayaan raih emas pertama dalam penyertaan di temasya Olimpik musim sejuk.

Selepas ini - atlet terbaik dunia bakal berkumpul semula untuk penganjuran edisi 2030 yang bakal diadakan di French Alps, Perancis pada bulan februari.

Ciao ciao Milano-Cortino, Bonjour French Alps!

Must Watch Video