Skip to main content

Komanwel

Sukan Komanwel: Sasaran dua pingat PLBM realistik, mampu dicapai

Sukan Komanwel: Sasaran dua pingat PLBM realistik, mampu dicapai

Ketua jurulatih skuad boling padang negara, Fairul Izwan Abd Muin, menyifatkan sasaran dua pingat tanpa mengira warna ditetapkan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) di Sukan Komanwel Glasgow sebagai realistik dan mampu dicapai.

Meskipun jumlah acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini dikurangkan kepada empat berbanding lapan ketika edisi 2022 lalu, Fairul percaya anak buahnya sudah siap sedia bagi merealisasikan misi tersebut.

Empat acara akan dipertandingkan di Glasgow membabitkan kategori perseorangan lelaki dan wanita serta berpasangan lelaki dan wanita, dengan sandaran utama pemburuan pingat sudah semestinya terletak di bahu wanita nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji.

Untuk rekod, skuad boling padang negara berjaya menghadiahkan satu pingat perak dan satu gangsa buat kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022, masing-masing menerusi acara triples dan perseorangan wanita.

Sejak edisi 2010, kem boling padang negara tidak pernah gagal membawa pulang sekurang kurangnya satu pingat dari temasya komanwel termasuk emas menerusi gandingan women's pairs, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video