Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, menamatkan saingan acara pecut wanita Sukan Komanwel Glasgow 2026 di tempat keempat, sekali gus terlepas kedudukan podium.
Sememangnya ia menjadi detik paling pahit buatnya dengan dia selangkah menghampiri podium.
Nurul Izzah Izzati tewas 2-0 kepada pelumba Wales, Rhian Edmunds, dalam aksi penentuan pingat gangsa.
Dia mengakui keputusan itu mengecewakan kerana hanya selangkah lagi untuk meraih pingat, namun menyifatkan ia sebagai pengajaran berharga buat dirinya.
Dalam perlumbaan pertama separuh akhir, Nurul Izzah Izzati menyerlah apabila menewaskan pemenang pingat Sukan Olimpik, Sophie Capewell, sebelum gagal ke final akibat kesilapan 'track stand'.
Seterusnya, Nurul Izzah akan memberikan tumpuan kepada acara ujian masa 1000 meter wanita dan acara keirin.
"Saya memang kecewa kerana selangkah lagi untuk meraih medal.
"Saya ambilnya sebagai pengajaran.
"saya dah buktikan catatan masa saya tidaklah begitu penting apabila menduduki tempat keempat di sebalik merakam catatan ke-11 terpantas.
"Saya dapatkan buktikan untuk bersaing dengan pemenang Sukan Olimpik," katanya.