Skip to main content

Bola Sepak

Sukan Komanwel: Latif Romly pembawa Jalur Gemilang di Glasgow

Sukan Komanwel: Latif Romly pembawa Jalur Gemilang di Glasgow

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi Setiausaha Agung, Datuk Mohd Nasir Ali, telah mengumumkan jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Turut diumumkan ialah pemain boling padang nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji diamanahkan sebagai pembawa baton pada majlis pembukaan temasya berkenaan.

Jelas Mohd Nasir, kontinjen Malaysia di Glasgow akan dibarisi seramai 104 individu terdiri daripada 41 atlet lelaki dan 18 wanita termasuk 45 pegawai.

Upacara penyerahan Jalur Gemilang dijadualkan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 16 Julai ini, dan akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

"Kontinjen Sukan Komanwel membabitkan 104 orang keseluruhan, termasuk 59 atlet serta 45 pegawai pasukan. Pembukaan akan berlangsung pada 23 Julai ini dan Datuk Abdul Latif Romly akan menjadi pembawa bendera kontinjen.

"Sementara itu, pembawa baton untuk kontinjen nanti adalah Emma Firyana Saroji yang merupakan atlet boling padang nombor satu dunia," katanya.

Menjulang legasi demi legasi, Jalur Gemilang terus berkibar megah!

Nama Latif Romly kini sebaris dengan rakan senegara yang diberi amanat membawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel, seperti atlet boling padang, Siti Zalina Ahmad di Delhi 2010.

Selain itu, Fatehah Mustapa dan Muhd Hakimi Ismail juga pernah diberi tanggungjawab pada edisi 2014 dan 2018.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video