Skip to main content

Komanwel

Sukan Komanwel: Atlet negara digesa kurangkan masa di media sosial -- CDM

Sukan Komanwel: Atlet negara digesa kurangkan masa di media sosial -- CDM

'Kurangkan masa di media sosial', itu pesanan Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel 2026, Datuk Awalan Abdul Aziz, buat barisan atlet negara bagi merealisasikan sasaran lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa di Glasgow, Scotland.

Saranan itu bertujuan menjaga kesihatan mental atlet selain memberikan fokus terhadap temasya terbesar di Asia itu nanti.

Atlet negara dinasihatkan untuk mengutamakan persediaan mental serta menghindari gangguan alam maya yang sudah terbukti berupaya menjejaskan prestasi atlet elit di temasya utama.

Apabila ditanya mengenai tekanan memuncak buat atlet negara khususnya sukan yang dijadual berlangsung lewat dan menuju upacara penutup temasya, CDM Sukan Komanwel negara mempunyai naratif dan perspektif tersendiri.

“Saya setuju dengan itu, kurang masa di media sosial. Jangan duduk menghadap telefon sepanjang masa. Mereka perlu ‘switch off’ seketika ketika berada di temasya Sukan Komanwel nanti,” katanya.

“Kalau bercakap mengenai tekanan kepada atlet yang bertanding lebih awal atau lewat, saya rasa ia bergantung kepada diri mereka sendiri.

“Apabila saya berbincang dengan atlet dan jurulatih, mereka mempunyai sasaran peribadi yang mahu dicapai. Tekanan itu lebih tertumpu kepada sasaran masing-masing.

“Kalau sasaran emas, mereka perlu memburu emas. Kalau sasaran perak atau gangsa, itulah yang mereka cuba capai,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement