Skip to main content

Angkat Berat

Sukan Komanwel: Angkat berat mahu cipta pencapaian terbaik

angkat berat

Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, yakin dengan sasaran empat pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang ditetapkan.

Keyakinan itu  dilaungkan berdasarkan penilaian prestasi semasa serta potensi atlet kebangsaan.

Advertisement

Lapan atlet negara yang bakal menggalas tugas tersebut pada Julai depan memiliki aspek kekuatan lebih menyeluruh berbanding edisi terdahulu, secara tidak langsung dilihat mampu memperbaiki pencapaian dua emas serta satu perak yang diraih dalam temasya di Birmingham.

Persiapan rapi dalam tempoh tujuh bulan telah disusun PABM termasuk penyertaan dalam kejohanan domestik dan antarabangsa selain latihan berfasa di Rompin, Pahang, serta Turkiye sebelum ke Glasgow.

Aznil Bidin, Mohamad Aniq Kasdan, Erry Hidayat dan Syahmi Nor Ghazali menjadi sandaran utama negara yang berpotensi besar menyumbang emas dalam kategori masing-masing.

"Kalau menjadi kenyataan, ia akan menjadi rekod pencapaian terbaik bagi sukan angkat berat dalam Sukan Komanwel.

"Mereka akan menyertai sekurang-kurangnya dua kejohanan sebagai persiapan dan selebihnya melalui latihan.

"Selain empat emas ini, kami juga menyasarkan gangsa menerusi acara wanita," katanya.

 

Must Watch Video