Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Otot terkoyak rencat persiapan Syahir Rosdi

j

Tekong nombor satu dunia, Syahir Rosdi, bakal berehat untuk tempoh dua bulan akibat kecederaan otot betis yang dialaminya ketika beraksi di pentas Piala Dunia ISTAF 2026.

Jelasnya, ia merupakan kecederaan paling teruk yang pernah dihadapinya sepanjang bergelar pemain sepak takraw negara sejak 2014.

Tanpa berselindung, pemain yang mesra disapa 'panjang' akui kecewa apabila gagal habiskan saingan acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF yang melabuhkan tirainya 23 Mei lalu.

Syahir, bagaimanapun, memberi jaminan akan kembali bangkit dengan prestasi terbaik terutama bagi membantu Malaysia mencapai pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya, September depan.

Kecederaan itu menyaksikan dia bakal terlepas kejohanan Piala Tun Ali dan Piala Raja Thai pada Julai dan Ogos depan.

"Otot betis saya koyak sepanjang 10cm dan lebar 3cm, saya perlu berehat dua bulan.

"Ketika ditimpa kecederaan itu, saya berasa amat sakit dan langsung tidak boleh berjalan.

"Pada awalnya saya sangka cuma kejang biasa dan ini kecederaan paling teruk sepanjang karier.

"Saya rasa sempat kembali untuk Sukan Asia, mungkin ada hikmah yang terjadi," katanya di Nadi Arena.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, berharap proses pemulihan anak buahnya itu berjalan lancar seperti mana yang dirancang,, memandangkan khidmat tekong berusia 30 tahun tersebut ditagih Malaysia, lebih-lebih lagi dalam Sukan Asia.

"Kami tidak mahu ambil risiko untuk persiapan ke Sukan Asia.

"Andai tidak dapat memperkuatkan skuad negara hingga ke Sukan Asia, kami perlu mempersiapkan pemain-pemain yang lain," katanya pula.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video