Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: London, Qatar jadi medan persiapan akhir skuad skuasy negara

Sukan Asia: London, Qatar jadi medan persiapan akhir skuad skuasy negara

London dan Qatar menjadi medan persiapan terakhir skuad skuasy negara sebelum memulakan cabaran di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan kempen kontinjen dijadualkan bermula 23 September.

Lima daripada lapan tonggak negara yang akan beraksi di temasya itu kini memperkemaskan kembali rentak kompetitif menerusi London Classic yang bermula Khamis.

Situasi itu penting memandangkan sebahagian pemain negara tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak Jun lalu.

Juara bertahan perseorangan lelaki Sukan Asia, Ng Eain Yow, mencuri tumpuan pada pusingan pertama apabila menewaskan pilihan keempat dari Mesir, Aly Abou Eleinen.

Kemaraan Eain Yow turut disusuli Aira Azman yang menewaskan seorang lagi wakil Mesir, Nour Heikal.

Sementara itu, Rachel Arnold dan Aifa Azman memberikan tentangan sengit sebelum tersingkir.

Kempen S. Sivasangari pula akan bermula Khamis, manakala Syafiq Mohd Kamal, Amee Shenraj dan Sanjay Jeeva meneruskan persiapan di tanah air.

Aifa dijangka mengambil kesempatan untuk kembali berlatih bersama Syafiq sebagai beregu campuran, manakala Amee Shenraj akan meneruskan persiapan tanpa gandingannya, Rachel.

Rachel pula akan memberi fokus kepada satu lagi kejohanan di Qatar sebelum berlepas ke Jepun.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement