Hasil pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu, atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan diangkat sebagai Olahragawan di samping Grace Wong selaku Olahragawati dalam Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) 2025 semalam.
Tidak menyangka menerima anugerah tertinggi itu, Jonah juga menyifatkan ia menjadi pemangkin terbaik buat dirinya pada tahun ini untuk merealisasi misi memburu sasaran balingan 19 meter (m) dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya September depan.
Advertisement
Namun sebelum itu, beberapa pertandingan bakal disertai termasuk Kejohanan Balingan Asia di Korea Selatan, Terbuka Taiwan serta Terbuka Malaysia bagi mengesahkan kelayakan buatnya ke temasya tersebut.
"Saya bersyukur.
TAHNIAH! Jonah Chang & Grace Wong dinobatkan sebagai Olahragawan & Olahragawati di Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya 2025 hasil pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu. 👏🏻🔥
Update terkini Jonah on Sukan Asia 2026, saksikan di Nadi Arena 7.30PM esok...@ASTROARENA pic.twitter.com/OZHR1X7DiK— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) April 16, 2026
"Terima kasih kepada UM kerana menyokong kami sebagai pelajar dan atlet.
"Minta maaf jika kami terpaksa terlepas kelas.
"Perjuangan kami bukan mudah. Latihan dan masa belajar sangat sukar.
"Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk memecahkan rekod kebangsaan dan mendapatkan merit bermain dalam kejohanan itu," katanya.
Penganugerahan tersebut menyaksikan kedua-dua jaguh negara dalam acara sukan balingan itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00 seorang beserta piala dan hadiah iringan.
Dalam majlis sama, Astro Arena turut menerima Anugerah Lencana Penghargaan selaku rakan strategik Universiti Malaya.