Skip to main content
Advertisement

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Wushu sandaran emas pertama kontinjen negara

sumali
Advertisement

Chef-de-Mission (CDM) ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Datuk Mohd Sumali Reduan, menaruh harapan tinggi untuk melihat wushu muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia.

Sumali berkata, penting untuk Malaysia memecahkan kebuntuan pingat kerana ia mampu menjadi pembakar semangat dalam misi pemburuan sasaran enam emas keseluruhan.

Advertisement

Dia percaya dengan persiapan rapi yang dijalani barisan atlet negara, tidak mustahil hasrat itu mampu dilaksanakan.

Untuk rekod, kem wushu negara bakal membuka tirai saingan esok dengan sandaran emas Malaysia diletakkan kepada ratu wushu, Tan Cheong Min, yang akan memulakan saingan dalam acara Nanquan dan Nandao pada Selasa depan.

Advertisement

"Harapan kita tinggi kepada sukan wushu, yang diharapkan akan mendapatkan pingat emas pertama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kita memang perlu mendapatkan pingat emas pertama kerana ia akan memberikan perangsang dan semangat yang besar buat atlet lain, yang kebanyakannya akan memulakan saingan pada 21 September ini.

"Saya harap ia akan menjadi kenyataan kerana walaupun di atas kertas kita mengharapkan emas, adakalanya ia boleh berlaku sebaliknya.

"Adakala kita tidak yakin boleh mendapat pingat tetapi kemudian mendapat emas, itu juga boleh berlaku.

"Saya masih menaruhkan keyakinan terhadap semua atlet kita, dengan semangat juang yang tinggi, semangat membawa bendera Malaysia dan harapan semua rakyat Malaysia untuk melihat kita dapat menuai banyak pingat untuk Sukan Asia kali ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video