Pelari pecut negara, Umaira Subri, memecahkan rekod peribadinya dalam saingan saringan 1 acara 100m Sukan Asia Aichi-Nagoya di Stadium Olahraga Mizuho sebentar tadi.
Umaira melakukan catatan 10.43s untuk menduduki tempat keempat saingan berkenaan tetapi tetap layak ke separuh akhir selepas menjadi antara enam pelari dengan catatan terbaik daripada kelompok empat ke bawah.
Dalam pada itu, jaguh Thailand dan Asia Tenggara, Puripol Boonson, mengungguli saringan berkenaan dengan catatan 9.95s untuk layak ke separuh akhir.